Peta I -Think
Peta i-Think merupakan satu set teknik penyusunan grafik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peta i-Think dapat membantu murid melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis. Ia terdiri daripada:
1. Peta Bulatan (The Circle Map)
2. Peta Buih (The Bubble Map)
3. Peta Buih Berganda (The Double Bubble Map)
4. Peta Pokok (The Tree Map)
5. Peta Dakap (The Brace Map)
6. Peta Alir (The Flow Map)
7. Peta Pelbagai Alir (The Multi Flow Map)
8. Peta Titi (The Bridge Map)
1. Circle Map (Peta Bulatan)
Circle
Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia
berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble
Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau
menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau
huraian.
3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu.
4. Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace
Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri
adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua
adalah bahagian utama.
6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow
Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan
akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting.
Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala
bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge
Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
No comments