Sambutan Hari Raya Aidilfitri / RIMUP [27.06.2019]
Program
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan satu program yang bertujuan untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu
pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul dan bersemangat muhibah. Oleh itu, pihak Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh (SKPJ) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat
sekolah dalam suasana masih berhari raya untuk diraikan oleh semua warga
sekolah di peringkat staf sekolah, murid sekolah dan juga ibu bapa.
Sambutan Hari Raya ini juga dijalankan
agar amalan guru penyayang dapat diterapkan melalui
beberapa aktiviti yang dilaksanakan seperti sesi ramah mesra, sesi makan bersama dan
meraikan sambutan perayaan murid. Melalui jamuan, kaum lain dapat menikmati
keunikan hidangan makanan tradisional Hari Raya kaum Melayu dan bersama – sama
menikmati juadah Hari Raya.
No comments