Makluman

MAJLIS IZIN ILMU UPSR & UPKK 2019 [30.08.2019]


Pada 30 Ogos 2019 yang lalu, pihak Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh (SKPJ) telah mengadakan Majlis Izin Ilmu khusus untuk calon-calon UPSR dan UPKK yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.  Majlis ini juga turut dihadiri Yang Dipertua PIBG SKPJ, En. Jamlus

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin yang diketuai oleh Ustaz Hasrul. Setelah selesai bacaan Yassin, murid-murid diberikan peluang untuk bertemu dengan para guru dan bersalaman. Diharap, keizinan dan keredhaan ilmu yang dicurahkan serta keampunan yang dihulurkan akan menjadi azimat dan penerang kepada pelajar-pelajar yang berjuang bagi memartabatkan diri, keluarga dan sekolah. 













No comments