Makluman

PROGRAM COMBI PERINGKAT SEKOLAH 2019 [08.11.2019]


8 November 2019 (Jumaat) - Unit Kesihatan SK Pusat Juasseh telah mengadakan Program COMBI atau Communication for Behaviourial Impact (Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku) bertempat di sekitar kawasan sekolah.

Program dimulakan jam 8.00 pagi melibatkan murid tahun 5 dan 6. Murid-murid dikehendakki unutk berkumpul di dewan sekolah bagi mendengar taklimat dan melihat pameran berkaitan denggi daripada klinik kesihatan.

Selepas itu, murid-murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk mencari tempat-tempat pembiakan nyamuk di sekolah dan membersihkan kawasan-kawasan berkenaan. Selesai kerja-kerja pembersihan, semua yang terlibat kemudiannya dijemput ke kantin sekolah bagi menjamu selera, Program tamat sekitar jam 11.30 pagi.






























No comments