Pada 03 Mei 2019, bertempat di padang dan dewan SK. Pusat Juasseh (SKPJ), telah berlansung sambutan
Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2019. Tema Hari Guru pada tahun ini adalah '
Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi'.
Sempena
Hari Guru tahun ini, terdapat beberapa acara yang telah dirancang untuk
merai dan mengiktiraf jasa dan khidmat para guru yang sentiasa mendidik
murid-murid tanpa jemu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah acara
sukaneka, sesi tukar hadiah, penyampaian anugerah kepada guru-guru serta
persembahan daripada murid-murid SKPJ. Berikut merupakan sebahagian gambar yang sempat dirakam sepanjang program ini berlansung.
 |
Sambutan Hari Guru tahun ini adalah bertemakan 'Padang Pasir'. |
 |
Lagu 'Kami Guru Malaysia' dinyanyikan oleh para guru SKPJ. |
 |
Ucapan daripada Tuan Guru Besar, En. Kamarudin bin Said. |
 |
Program ini turut dimeriahkan lagi dengan 'Sambutan Hari Lahir' bagi murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga bulan Jun. |
 |
Pertandingan Mengasingkan Bahan Di Dalam Dulang. |
 |
Pertandingan Mengalihkan Kacang Menggunakan 'Chopstick' |
 |
Antara persembahan daripada murid SKPJ. |
 |
Sesi penyampaian anugerah kepada guru-guru SKPJ. |
No comments