Makluman

Pertandingan Bercerita Tahap 1 Peringkat Daerah K.Pilah 2020

03 Mac 2020, Selasa - Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh telah menganjurkan Pertandingan Bercerita Tahap 1 Peringkat Daerah Kuala Pilah. Pertandingan ini telah diadakan pada hari Selasa bermula pada pukul 9.00 pagi.


Seawal jam 8.00 pagi, para peserta bersama guru pembimbing dari 45 buah sekolah sekitar Kuala Pilah telah mula mendaftarkan diri masing-masing. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan 1 dan Kumpulan 2. Peserta-peserta Kumpulan 1 akan bertanding di dalam Dewan SKPJ manakala para peserta Kumpulan 2 akan bertanding di dalam kelas 5 Kreatif. 

Untuk sesi bercerita secara spontan, peserta dari Kumpulan 1 diminta untuk bergerak ke  makmal komputer untuk bertanding. Peserta dari Kumpulan 2 pula bergerak ke bilik mesyuarat untuk sesi bercerita secara spontan.

Selesai sahaja kedua-dua sesi, para peserta berkumpul semula di Dewan SKPJ. Enam orang peserta terbaik telah terpilih untuk ke peringkat akhir. Perasmian penutupan pula telah dirasmikan oleh En. Mohd Mulub bin Mohd Yusof dari PPD Kuala Pilah.

Berikut merupakan keputusan bagi Pertandingan Bercerita Tahap 1 Peringkat Daerah K.Pilah Tahun 2020:

Tempat pertama :  Farisya Qaisara bt. Mohamad Firdaus (SK. PUSAT JUASSEH)
Tempat kedua    :  Amira Annis bt. Kamaruzzaman (SK. DATO' IDRIS)
Tempat ketiga    :  Khyra Qashrina bt. Mohd Shahrani (SK. JUASSEH TENGAH)
Tempat keempat:  Aina Syafiqah bt. Mohd Muslimin (SK. TANAH MELINTANG)
Tempat kelima   :  Syaida Munifah bt. Saifullizam (SK. PELANGAI)
Tempat keenam  : Izz Nur Anisa bt. Mohd Izhar (SK. NURI)


































Gambar oleh: PJ Media

No comments