Makluman

PELANJUTAN TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 3


Merujuk kepada perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia sempena pendamik COVID-19 pada 10 April 2020 (Jumaat) semalam, beliau dengan jelas telah menyatakan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan dua minggu lagi iaitu dari 15 April 2020 hingga 28 April 2020.

Oleh yang demikian, SK Pusast Juasseh masih menutup operasi sekolah pada sepanjang tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, pengajaran dan pembelajaran murid tetap dijalankan seperti biasa secara atas talian. Ibu bapa boleh menggunakan platform Google Classroom (GC) dengan ID yang telah diberikan oleh guru kelas masing-masing.

Selain daripada itu, bagi murid-murid juga boleh menonton TV Pendidikan di saluran OKEY dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi dan 1.00 petang hingga 2.00 petang. TV Pendidikan ini adalah kerjasama di antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sama-sama kita manfaatkan masa lapang yang ada.

No comments