Makluman

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEMULA PRASEKOLAH


24 Jun 2020 , Rabu - Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa semua kelas prasekolah di seluruh Malaysia akan dibuka semula bermula 01 Julai 2020. Sehubungan dengan itu, pihak pentadbir SK Pusat Juasseh telah mengadakan satu taklimat berkaitan pembukaan semula kelas prasekolah. 

Semua guru dan AKP sekolah telah dimaklumkan berkaitan garis panduan pembukaan semula prasekolah dan segala persediaan yang patut dilakukan. Diharap segala perancangan yang telah dirancang berjalan dengan lancar dan berjaya menepati standard prosedur (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sama-sama juga kita berdoa agar kita semua dilindungi daripada segala wabak dan penyakit. Semoga wabak pandemik COVID-19 ini dapat berakhir dengan segera.








No comments