Makluman

PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT PERINGKAT SK PUSAT JUASSEH 2021

22 April 2021, Khamis - Unit PSS SK. Pusat Juasseh telah mengendalikan Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit Peringkat Sekolah. Program. Program ini juga sebenarnya diadakan secara serentak di seluruh Malaysia bermula pada jam 11.00 pagi.

Pada waktu tersebut, semua individu, pejabat dan komuniti digalakkan untuk berhenti sebentar dari melakukan apa jua aktiviti, untuk melakukan aktiviti MEMBACA apa jua bahan bacaan selama 10 minit.

Program ini bertujuan untuk mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit, sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

No comments