Makluman

ENGLISH WEEK 2019 [15.07.2019 - 19.07.2019]


Minggu Bahasa Inggeris 2019 telah berlansung dengan jayanya pada 15 Julai 2019 hingga 19 Julai 2019 bertempat di sekitar Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh, Negeri Sembilan.

Objektif penganjuran Minggu Bahasa Inggeris adalah untuk membudayakan dan memperluaskan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan murid. Program ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran berbahasa Bahasa Inggeris melalui pertandingan – pertandingan berorientasikan bahasa di samping menyemai minat murid dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Antara program – program yang dianjurkan sepanjang Minggu Bahasa Inggeris berlansung adalah Crossword Puzzle Competition, Quizziz Contest, Exhibition – English by the Corridors dan Singing Competition.

Perasmian Minggu Bahasa Inggeris diadakan pada 15 Julai 2019, Isnin. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Raimee bin Muhammad, GPK Kokurikulum manakala perasmian penutup telah berlansung pada 19 Julai 2019, Jumaat di perkarangan tapak perhimpunan sekolah dan telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Pusat Juasseh sendiri.

Secara keseluruhannya, kesemua program yang dirancang sepanjang Minggu Bahasa Inggeris berjalan dengan lancar. Ternyata semua objektif telah berjaya mencapai matlamatnya. 

































No comments