Makluman

Perjumpaan Tiga Penjuru - PPT 2019 [05.07.2019]


                 Pada 05 Julai 2019 yang lepas, telah diadakan perjumpaan tiga penjuru bersama ibu bapa dan penjaga Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh (SKPJ). Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan tentang pencapaian murid-murid SKPJ dalam peperiksaan pertengahan tahun yang telah diadakan. Ia memberi peluang kepada para penjaga untuk bertemu dengan guru-guru bagi mendapatkan penjelasan berkaitan permasalahan anak mereka dan juga mengenal pasti prestasi pelajaran anak-anak.

              Program ini bermula pada pukul 9.00 a.m. dan berakhir pada pukul 12.00 p.m. Perjumpaan bersama penjaga-penjaga murid Tahun 1 hingga Tahun 5 bertempat di kelas masing-masing. Manakala bagi murid Tahun 6, perjumpaan akan diadakan di makmal komputer sekolah dan dihadiri oleh Tuan Guru Besar, En. Kamarudin bin Said. 















No comments