Makluman

HARI PEMBUKAAN SEMULA PRASEKOLAH


01 Julai 2020, Rabu - Kelas prasekolah SK Pusat Juasseh telah dibuka semula untuk sesi persekolahan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebanyak 2 buah kelas prasekolah telah dibuka dengan mengamalkan norma baharu yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sebelum murid masuk ke kelas, beberapa standard prosedur (SOP) perlu dipatuhi. Semua guru, pembantu prasekolah dan pengawal keselamatan telah ditugaskan untuk menjaga pintu pagar, mengiringi murid ke kaunter suhu badan, memastikan murid beratur mengikut penjarakan 1 meter yang telah ditetapkan dan melakukan beberapa tugas lain.

Pada hari ini juga, kami telah dipantau oleh beberapa orang Pegawai PPD Kuala Pilah yang ditugaskan untuk mengawal selia proses pembukaan agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Kami berharap agar ibu bapa menaruh kepercayaan kepada kami menjaga dan mendidik anak-anak tuan/puan di sekolah agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan selamat dan berkesan.

 

























No comments