PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH BAGI MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN 4
22 Julai 2020, Rabu - Hari ini merupakan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan untuk pelajar sekolah rendah tahun 1 hingga tahun 4 di seluruh negara. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Murid mula tiba di sekolah seawal jam 7.10 pagi dan mereka perlu melepasi saringan suhu terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas masing-masing.
Jadual guru bertugas mingguan telah diedarkan kepada semua guru SKPJ. Guru-guru kelas juga telah bersedia di dalam kelas masing-masing untuk mengambil kehadiran murid dan tempahan makanan murid. Terima kasih juga diucapkan kepada pegawai dari PPD Kuala Pilah, Ustaz Hasrul dan ahli-ahli PIBG SKPJ yang sudi membantu sepanjang proses pembukaan semula sekolah.
Diharap perkara positif ini dapat diteruskan sehingga tamat sesi PKP nanti. Beberapa perkara yang perlu diperbaiki seperti keadaan murid semasa waktu pulang juga akan dibincangkan dan dimurnikan kelak. Akhir kata, memandangkan negara masih berada dalam sesi PKPP, ibu bapa dan murid-murid
diminta untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dimaklumkan
sebelum ini.
No comments