Makluman

TARIKH PEMBUKAAN PENUH SEKOLAH PASCA PKP 2020


Sesi persekolahan murid Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 6 Semester 1, kelas peralihan serta tingkatan 1 hingga 4 akan dibuka pada 15 Julai 2020 manakala bagi murid Tahun 1 hingga 4 pula sesi persekolahan akan bermula pada 22 Julai 2020. 

Tarikh pembukaan penuh sekolah yang terkini ini membabitkan semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Untuk maklumat lanjut sila klik laporan rasmi berita bertajuk Tarikh Pembukaan Penuh Sekolah Bermula 15 Julai 2020.

No comments