Makluman

Kejohanan Olahraga Norma Baharu Peringkat SKPJ - Fasa 1

21 September 2020, Isnin - Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh (SKPJ) telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Norma Baharu Peringkat SKPJ bertempat di padang sekolah. Kejohanan kali ini amat berbeza jika  dibandingkan dengan kejohanan-kejohanan yang lepas apabila unit kokurikulum SKPJ membuat keputusan untuk menganjurkan kejohanan tahun ini secara berperingkat. 

Kejohanan olahraga pada tahun ini telah dibahagikan kepada 6 fasa. Fasa 1 bermula pada hari ini, 21 September 2020, Fasa 2 pada 22 September 2020, Fasa 3 pada 23 September 2020, Fasa 4 pada 24 September 2020, Fasa 5 pada 25 September 2020 dan Fasa 6 pada 28 September 2020.

Untuk hari ini, iaitu Fasa 1, acara yang dipertandingkan adalah 50m Pra (L & P), 50m Tahun 1 (L&P), 50m Tahun 2 (L&P), 100m Tahun 3 hingga Tahun 6 (L&P) dan 200m Tahun 5 hingga Tahun 6 (L&P). Pingat dan hadiah telah diberikan kepada para pemenang sebaik sahaja acara mereka selesai. 

 





























No comments