Makluman

Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan SK. Pusat Juasseh 2020

 

15 September 2020, Selasa - Program Kayuhan Berbasikal Gemilang Merdeka dan Pertandingan Menghias Basikal Bertemakan Hari Kebangsaan merupakan antara aktiviti-aktiviti menarik yang telah dijalankan oleh Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh pada Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan bagi tahun ini.

Majlis bermula seawal jam 8 pagi dan turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak, nyanyian solo, perarakan basikal berhias dan gimik penutupan sebagai kemuncak bulan kebangsaan. Majlis penutupan ini telah dirasmikan oleh En. Nasarudin bin Zainal, Guru Besar SK. Pusat Juasseh.

Selain itu, para pemenang bagi setiap pertandingan yang telah berlansung sepanjang bulan kebangsaan telah menerima hadiah masing-masing. Sebagai penutup majlis, seluruh warga SK. Pusat Juasseh telah bersama-sama menyayikan lagu patriotik dengan penuh semangat cinta akan negara.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada pihak PSS SK. Pusat Juasseh kerana telah berjaya menganjurkan majlis ini dengan begitu meriah dan bermakna sekali. Walaupun program ini hanya dijalankan di peringkat sekolah sahaja, namun pelaksanaannya telah dibuat dengan teliti sekali. Ini dapat memberikan impak yang maksima kepada murid dalam memupuk semangat patriotik selain memperkukuhkan ikatan rakan sekerja dalam kalangan guru dan kakitangan. 
























































No comments