Makluman

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2020

28 Ogos 2020, Jumaat - Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh telah mengadakan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan sempena memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957

Sambutan dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu rasmi iaitu Lagu Negaraku. Majlis sambutan kemerdekaan diteruskan dengan  ucapan oleh GPK Pentadbiran, Pn. Razanah binti Mohamad. Beliau seterusnya merasmikan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2020.

Kemudian murid-murid dan warga sekolah mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik iaitu Tanggal 31, Jalur Gemilang dan Malaysia Prihatin. Murid-murid gembira dan bangga apabila mendengar lagu berkumandang di udara. Perasaan kasih dan cintakan negara tertanam dalam jiwa murid-murid. 

Secara keseluruhannya, majlis in telah berjalan dengan lancar. Diharap majlis seperti ini terus diadakan setiap tahun agar jati diri setiap warga negara Malaysia sentiasa terukir dalam jiwa warga sekolah. 




































No comments