Makluman

Majlis Persaraan Guru Besar di SK. Pusat Juasseh

 

13 Ogos 2020, Khamis - Sebuah majlis telah diadakan Dewan Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh bagi meraikan hari persaraan, En. Kamarudin bin Said, Guru Besar SK. Pusat Juasseh. Beliau yang berkhidmat di sekolah ini bermula pada tahun 2016 telah menamatkan karier beliau sebagai seorang guru pada 13 Ogos 2020 dengan option bersara wajib. 

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato' Haji Ismail bin Haji Lasim (ADUN Juasseh), Tuan Megat Affandi b. DW Ismail (Ketua PPD Kuala Pilah), En. Nasarudin bin Zainal (Pengerusi MGB Kuala Pilah), En. Jamlus bin Md Nor (YDP PIBG) dan Tuan Haji Md Nor bin Usop (Pengerusi Alumni SKPJ).

Secara keseluruhannya, majlis ini telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Terima kasih diucapkan kepada AJK Majlis Sulaman Kasih, Junjungan Budi 2020 kerana telah bertungkus lumus memastikan kelancaran perjalanan majlis ini. Pihak sekolah juga ingan mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG  sekolah yang telah banyak membantu dalam merancang majlis ini.

Akhir kata, pihak sekolah ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Kamarudin bin Said atas segala bakti, pengorbanan dan susah payah yang telah beliau lalui semata-mata untuk menyumbang terhadap pendidikan generasi muda khususnya murid-murid SKPJ sebagai modal insan terbilang. 

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
 
Pisang emas pisang berangan 
Selang seli si pohon ara 
Bersara tuan terasa kehilangan
Doa kami tuan sejahtera.
 
Selamat bersara Cikgu Kamarudin.
 













































Gambar oleh: PJ Media - Kelab Fotografi SKPJ

No comments