Makluman

Majlis Penyerahan Bantuan KWAPM 2020

 

06 Ogos 2020, Khamis - Pihak Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh telah menganjurkan Majlis Penyerahan Bantuan KWAPM 2020 peringkat sekolah kepada murid-murid yang layak, bertempat di Perpustakaan SKPJ. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Haji Ismail b. Haji Lasim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YDP PIBG, En. Md. Jamlus, NYDP PIBG, En. Nazri, ahli-ahli PIBG serta beberapa orang penjaga.

Sambutan daripada ibu bapa terhadap penyerahan bantuan ini amat menggalakkan. Namun, disebabkan wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara sekarang, hanya 10 orang penjaga dijemput hadir ke majlis penyerahan bantuan KWAPM kali ini manakala yang selebihnya akan diserahkan dalam majlis yang berasingan. Hal ini untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar dan berada dalam keadaan selamat dan tidak sesak.

Secara kesimpulannya, majlis serba ringkas ini telah berjalan dengan lancar. Diharap bantuan KWAPM ini dapat membantu penjaga-penjaga yang memerlukan dalam menguruskan hal persekolahan anak-anak mereka. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Dato' Haji Ismail b. Haji Lasim kerana sudi meluangkan masa merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan KWAPM 2020 ini.























No comments