Makluman

Sumbangan Mesin Sanitasi dan Khemah Daripada Dato' Hj. Ismail b. Hj Lasim

 

06 Ogos 2020, Khamis - Pihak sekolah telah menerima sumbangan berbentuk sebuah mesin penyembur sanitasi dan juga dua buah khemah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Dato' Haji Ismail b. Haji Lasim. Pihak PIBG sekolah turut menerima sumbangan wang bernilai RM2,000 daripada beliau.

Pihak sekolah dan pihak PIBG sekolah amat menghargai segala sumbangan yang telah diberikan. Diharap segala kemudahan yang telah diberikan dapat membantu dan memudahkan tugas pihak sekolah dalam menjaga keselamatan murid-murid dan melindungi mereka daripada jangkitan virus Covid-19.







No comments