Makluman

Majlis Lambaian Kasih, Sanjungan Budi di A'famosa Resort, Melaka


14 Ogos 2020, Jumaat - Sempena persaraan tuan guru besar, En. Kamarudin bin Said, Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh telah mengadakan sebuah majlis yang diberi nama Majlis Lambaian Kasih, Sanjungan Budi bertempat di Istana Hall, A'famosa Resort, Melaka.

Majlis yang bermula pada pukul 2.30 petang ini berjalan dengan lancar dan begitu meriah sekali. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kelab Kebajikan Guru SKPJ kerana telah berjaya mengajurkan sebuah majlis yang cukup bermakna buat warga SKPJ. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu-tetamu yang sudi hadir dan meluangkan masa untuk memeriahkan lagi majlis ini. Terima kasih juga buat pihak Alumni SKPJ dan PIBG SKPJ atas kerjasama dan segala sumbangan yang telah diberikan dalam menjayakan majlis yang penuh bermakna ini. 

Akhir kata, selamat bersara diucapkan kepada guru besar, En. Kamarudin bin Said. Sesungguhnya jasa dan bakti cikgu sepanjang perkhidmatan pendidikan, khususnya di SK. Pusat Juasseh amat dihargai,disanjung mulia dan dikenang selalu. Kami mendoakan agar cikgu sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah s.w.t serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.Terima kasih cikgu.






 



No comments