Makluman

Majlis Penyerahan Sijil Tamat Pra Sekolah & Cenderhati secara Pandu Lalu

18 Disember 2020, Jumaat - Prasekolah SK. Pusat Juasseh, buat julung kalinya, telah menganjurkan satu Majlis Penyerahan Sijil Tamat Prasekolah & Cenderhati buat murid-murid prasekolah yang telah berjaya menamatkan sesi persekolahan mereka pada tahun ini. 

Tujuan utama program ini adalah untuk menyerahkan Sijil Tamat Prasekolah dan Cenderahati secara rasmi yang kebiasaanya di laksanakan semasa majlis anugerah kecemerlangan. Dengan adanya program ini, ia dapat dijadikan tanda simbolik tamatnya sesi persekolahan pra sekolah bagi tahun 2020 disamping kita dapat mengekang penularan wabak Covid-19 dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.






























No comments