Makluman

Majlis Perpisahan dan Sanjungan Budi Cikgu Khir & Cikgu Siti Hajar

17.12.2020, Khamis - Satu Majlis Perpisahan dan Sanjungan Budi di bawah anjuran Kelab Guru SK. Pusat Juasseh telah diadakan sempena meraikan perpindahan Cikgu Khir dan Cikgu Hajar yang akan mula berkhidmat di stesen baru pada tahun hadapan.

Warga SKPJ ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat dan sumbangan yang telah dicurahkan selama mereka berkhidmat di SK Pusat Juasseh. Ketokohan dan kecemerlangan mereka wajar dijadikan contoh dan teladan. Kami warga SKPJ mendoakan agar Cikgu Khir dan Cikgu Hajar akan terus cemerlang dan terbilang bertugas di tempat baru. 

Berdayung sampan ke semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan,
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.

Kalau menjemur papan panjang,
Baik disusun tegak berdiri,
Kalau ada umur yang panjang,
Insyaallah kita kan berjumpa lagi.




















































No comments