Makluman

Majlis Penyerahan Sijil Tamat Persekolahan & Perpisahan Tahun 6

18 Disember 2020, Jumaat - Penyampaian sijil tamat persekolahan bagi murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh telah berjaya dilaksanakan pada hari ni bertempat di Dewan SKPJ. Majlis dimulakan dengan ketibaan semua murid tahun 6 dan juga guru.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan ucapan daripada wakil murid tahun 6. Seterusnya, Cikgu John selaku wakil guru tahun 6 telah dijemput untuk menyampaikan ucapan beliau. Selesai sahaja ucapan daripada Cikgu John, majlis telah menjemput tuan guru besar, En. Nasarudin bin Zainal untuk menyampaikan nasihat dan amanat beliau kepada murid-murid tahun 6. 

Sebagai acara kemuncak bagi majlis ini, tuan guru besar telah menyerahkan sijil tamat persekolahan berserta cenderahati kepada semua murid tahun 6 SKPJ. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama guru-guru.



























No comments