Makluman

Kotak Tugasan Murid

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB dilaksanakan di seluruh negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan sejak 9 November lalu, semua murid dan guru SKPJ telah diarahkan untuk menjalankan PdP di rumah masing-masing.

Guru-guru yang melaksanakan PdP di rumah hendaklah mempelbagaikan kaedah penyampaian PdP mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan kesesuaian. Guru-guru juga boleh menggunakan kaedah serahan bahan PdP di sekolah. 

Hal ini kerana, pihak sekolah telah pun menyediakan kotak serahan tugasan murid bagi setiap kelas di dalam kelas 2 Kreatif. Jadi, ibu bapa atau penjaga murid boleh mengambil bahan-bahan yang telah disediakan mengikut jadual atau waktu yang telah ditetapkan oleh guru.



 

No comments