Makluman

Sambutan Hari Lahir Peringkat Sekolah 2020

06 November 2020, Jumaat - Unit Kaunseling SK Pusat Juasseh (SKPJ) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Lahir peringkat sekolah bagi murid-murid SKPJ yang lahir pada bulan Januari hinggan bulan Disember. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai murid-murid dan memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman menyambut hari ulang tahun mereka dalam situasi norma baharu.

Majlis yang dijalankan di kelas masing-masing ini telah dirasmikan oleh En. Nasarudin bin Zainal, Guru Besar SKPJ. Majlis turut diserikan dengan penyerahan hadiah hari lahir kepada murid-murid, sesi memotong kek dan jamuan hari lahir. Pihak sekolah sangat beruntung apabila ramai ibu bapa yang sudi menyumbangkan pelbagai juadah untuk murid-murid SKPJ.

Majlis ini berakhir pada pukul 10.30 pagi. Tahniah diucapkan kepada Unit Kaunseling SKPJ kerana telah berjaya menganjurkan majlis yang sangat bermakna. Ucapan terima kasih juga buat barisan pentadbir, guru-guru dan para ibu bapa atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang majlis ini berlansung.









































No comments