Makluman

Pembinaan Pondok Kucing (Program Insan Penyayang)

SK. Pusat Juasseh dibawah kendalian unit HEM, telah memulakan satu projek baru yang dinamakan 'Projek Pondok Kucing'. Projek yang diketuai oleh Cg Raimee ini juga merupakan sebahagian daripada program TS25. Tujuan projek ini diadakan adalah untuk melahirkan model insan penyayang disamping membantu mengurangkan masalah kucing berkeliaran di sekitar sekolah.

Objektif utama projek ini ialah menanam sikap kasih sayang dan bertanggungjawab dikalangan warga sekolah terhadap haiwan. Selain itu juga, dengan memelihara dan menjaga haiwan, warga sekolah akan mempunyai pengalaman untuk menyanyangi serta disayangi. Diharap projek ini dapat berjalan dengan lancar agar semua objektif bagi projek ini dapat dicapai dengan jayanya.

Kertas kerja Projek Pembinaan Pondok Kucing SKPJ



 






No comments