Makluman

Majlis Penutupan Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

23 Oktober 2020, Jumaat - Unit kaunseling Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh telah mengadakan satu majlis penutupan bagi program Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat SKPJ. Program yang telah berlansung selama lima hari ini, memperlihatkan penglibatan murid-murid yang sangat memberansangkan dalam semua aktiviti yang telah dijalankan. 

Majlis yang berlansung di dalam makmal komputer sekolah ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKPJ, En. Nasarudin bin Zainal. Dalam majlis ini, semua pemenang bagi setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu PPDA ini, telah menerima hadiah masing-masing. Selain itu, majlis turut dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah. Majlis tamat pada pukul 11.00 pagi.

No comments