Makluman

Majlis Perasmian Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

19 Oktober 2020, Isnin - Menyedari bahaya penyalahgunaan dadah, Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan program wajib Unit Bimbingan dan Kaunseling di semua sekolah di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, unit Kauseling Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh telah menganjurkan Majlis Perasmian Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat SKPJ. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Nasarudin bin Zainal, Guru Besar SKPJ.
 
Matlamat diadakan Minggu PPDa adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kepekaan murid terhadap bahaya penyalahgunaan dadah. Kesedaran ini mendorong penglibatan yang aktif dan kerjasama yang padu untuk mewujudkan sekolah yang bebas daripada dadah.
 
Aktiviti-aktiviti yang dirancang sempena Minggu PPDa:
  1. Pertandingan teka silang kata
  2. Pertandingan melukis poster
  3. Pertandingan buku skrap
  4. Pertandingan mewarna (untuk Tahap 1)
  5. Perkongsian maklumat 5 minit
  6. Cabutan bertuah

























 

No comments