Makluman

Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu

05 Oktober 2020, Isnin - Panitia Bahasa Melayu SK. Pusat Juasseh dengan kerjasama PSS SK. Pusat Juasseh telah menganjurkan Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh GPK Pentadbiran, Pn. Razanah.

Minggu Bahasa Melayu bagi tahun ini akan berlansung daripada 05 Oktober 2020 hingga 09 Oktober 2020. Pelbagai program telah dirancang dengan teliti bagi menggalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti bahasa demi mempertingkatkan kemahiran berbahasa mereka. Diharap murid-murid dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya demi memastikan objektif program ini tercapai.
























No comments