Makluman

Projek Pembinaan Bangunan Baru SK. Pusat Juasseh

Projek pembinaan bangunan baharu untuk Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh telah pun bermula sejak awal bulan Oktober lalu.

Bahan-bahan binaan dan jentera - jentera berat untuk merobohkan bangunan lama dan meratakan tanah di kawasan terlibat juga sudah mula memasuki kawasan projek dan beroperasi.

Projek pembinaan bangunan baharu sekolah ini akan melibatkan pembinaan bangunan baru yang mengandungi tujuh bilik darjah, bilik-bilik sokongan, bilik-bilik pentadbiran dan beberapa kemudahan lain.

Pembinaan bangunan baharu SK Pusat Juasseh sebenarnya telah dicadangkan sejak beberapa tahun lepas lagi. Namun projek ini tertangguh kerana berlaku penstrukturan semula kos pembinaan berdasarkan harga material binaan tahun semasa. Perubahan tampuk kepimpinan kerajaan juga turut memberi kesan kepada pelaksanaan projek berkenaan.

Bagaimanapun projek pembinaan bangunan sekolah ini akhirnya mendapat lampu hijau untuk dimulakan pada awal tahun ini. Namun, wabak Covid-19 pula muncul. Sekali lagi projek ini tertangguh apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh kerajaan pada 18 Mac bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Akhirnya, pada awal bulan Oktober ini, proses penghantaran jentera dan bahan asas untuk mendirikan pagar kawasan projek telah bermula. Projek dibawah kendalian syarikat kontraktor Khalisya Maju Sdn. Bhd. ini dijangkakan siap pada tahun 2022. 

Diharapkan projek ini berjalan dengan lancar dan dapat menampung keperluan murid dan tenaga pengajar serta mengatasi isu kapasiti sekolah yang mencapai tahap maksimum.

Untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan projek ini, anda boleh ke bahagian Galeri Projek Pembinaan Bangunan Baru SKPJ.  

 












 

No comments