Pendaftaran murid Tahun 1 akan dibuka dari 1 Mac hingga 30 April 2021
Siapa yang layak didaftarkan?
Kanak-kanak yang layak didaftarkan kemasukan ke tahun 1 hendaklah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut:
- 2 Januari 2015 sehingga 1 Januari 2016 - Kemasukan sesi persekolahan tahun 2022
- 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017 - Kemasukan sesi persekolahan tahun 2023
Cara mendaftar
KPM telah menyediakan Sistem Aplikasi Pendaftaran Asas Talian (SPATKPM) bagi memudahkan proses pendaftaran merid-murid Tahun 1 yang berkelayakan. Ianya dapat memudahkan permohonan murid ke Tahun 1 tanpa ibu bapa mengisi borang secara manual.
Langkah 1: Layari portal public.moe.edu.my untuk cipta akaun anda.
Untuk pengguna bahari, anda perlu cipta akaun baharu. Jika anda sudah mempunya akaun, anda boleh terus ke Langkah 3.
Langkah 2: Isi semua maklumat yang diperlukan dan kembali ke skrin utama untuk log masuk akaun anda
Isi dengan lengkap semua maklumat diri. Apabila selesai, kembali ke skrin utama untuk log masuk akaun baharu anda.
Langkah 3: Pilih 'Tahun 1' > 'Permohonan Baharu' > dan isikan maklumat yang diperlukan.
Apabila anda berjaya log masuk, anda boleh skrol ke bawah untuk memilih Senarai Perkhidmatan Dalam Talian. Klik pada 'Tahun 1' untuk mendaftar anak anda ke tahun 1. Kemudian pilih 'Permohonan Baharu' untuk pendaftaran.
Langkah 4: Sahkan pendaftaran anak anda di sekolah rendah dalam masa 14 hari selepas pendaftaran secara dalam talian
Setelah selesai pendaftaran secara dalam talian pada 1 Mac hingga 30 April, anda diberi masa selama 14 hari untuk mengesahkan pendaftaran di sekolah yang telah ditetapkan. Ketika hadir untuk pengesahan, bawa borang pendaftaran dalam talian serta dokumen-dokumen sokongan yang berikut:
1. Sijil Lahir - Salinan asal dan salinan
2. Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga - Salinan asal dan salinan
3. Sijil Nikah / Cerak- Salinan asal dan salinan
4. Bil utiliti - (Elektrik / air / Telekom) Salinan asal dan salinan
5. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
6. Borang persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi
Senarai dokumen ini tertakluk kepada sekolah yang anda mohon, setiap sekolah mungkin mempunyai keperluan dokumen yang sama dan mungkin ada yang berbeza.
No comments