Makluman

Perasmian Pondok Si Comel

22 Februari 2021, Isnin - Pihak sekolah telah mengadakan sebuah majlis perasmian secara kecil-kecilan bagi menghargai jasa dan sumbangan pihak-pihak yang telah memberikan sumbangan buat Projek Pondok Si Comel SKPJ. Majlis ini dimulakan dengan ucapan daripada pengerusi majlis, Pn. Marzidah (GPK HEM) diikuti dengan ucapan penghargaan daripada En. Nasarudin bin Zainal (Guru Besar). 

Sebagai acara kemuncak bagi majlis ini, Pn. Raudhah binti Hassan, pengusaha Pizza Jemapoh, telah dijemput untuk merasmikan Pondok Si Comel SKPJ. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar dan jamuan ringan. Majlis ini berakhir pada pukul 11.00 pagi.

Untuk pengetahuan semua, projek yang diketuai oleh En. Raimee (GPK Kokurikulum) ini merupakan sebahagian daripada program TS25. Matlamat bagi projek ini adalah untuk melahirkan model insan penyayang disamping membantu mengurangkan masalah kucing-kucing yang berkeliaran di sekitar kawasan sekolah.

Oleh itu, pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak - pihak yang sudi menghulurkan sumbangan untuk projek ini.




























No comments