Program Jom to School - BSN
18 Februari 2021, Khamis - Pihak Bank Simpanan Nasional bersama dengan kedai cermin mata Ar Raudhah telah hadir ke sekolah bagi menganjurkan sebuah program yang bernama 'Program Jom to School Spectacular'.
Program ini diadakan bagi membantu murid-murid yang kurang berkemampuan dan rabun membuat persiapan menjelang pembukaan sesi persekolah tidak lama lagi. Seramai 10 orang murid SKPJ telah menerima sumbangan berupa sepasang cermin mata, satu set kelengkapan sekolah dan juga wang tunai.
Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak BSN dan juga kedai cermin mata Ar-raudhah kerana sudi mengajurkan program seperti ini di sekolah kami. Program ini berjalan dengan lancar dan berakhir pada pukul 4 petang.
No comments