Makluman

Makluman Berkaitan Sesi PdPR 2021

Esok, bermulalah sesi persekolahan 2021 bagi anak-anak kita. Walaupun tidak bersemuka, pembelajaran anak-anak tetap diteruskan secara Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa mengikut Kalendar Akademik Sekolah Tahun 2021, bermula esok hingga Jumaat merupakan minggu pengurusan sekolah dan tiada PdPR dijalankan. PdPR akan bermula pada *25 Januari 2021 (Isnin)* 📌

Namun begitu, murid-murid Tahun 1 akan mula mengikuti *Program Transisi* bermula esok *20 Januari 2021*. Pengurusan Program Transisi akan dikendalikan oleh guru kelas Tahun 1 secara atas talian.📌

Jadual waktu PdPR mengikut subjek akan diedarkan sebelum 25.01.2021.📌

Kami berdoa agar kita sentiasa dalam peliharaan Allah swt dan dipermudahkan segala Utusan baik dari segi pembelajaran anak-anak kita mahu pun kehidupan seharian kita.


Pengurusan,

SK. Pusat Juasseh.

*Sebarang hebahan tentang sesi PdPR akan dimaklumkan dalam group Whatsapp setiap kelas.



No comments