Program Perkongsian Amalan Sahsiah Terpuji Diri
Sehubungan dengan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sk Pusat Juassehmengambil inisiatif untuk memberi peluang kepada semua murid Tahun 1-6 untuk mengambil kesempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kali ini untuk menyertai aktiviti PROGRAM AMALAN BAIK SAHSIAH TERPUJI DIRI MURID SKPJ sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid agar status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti melalui pemberian markah amalan baik yang akan diisi oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. Tujuan program ini supaya semua murid SKPJ mesti mempunyai rekod amalan baik di dalam SSDM.
🤔🤔🤔 Bagaimana caranya?
👉 Rakamkan foto atau video
👉 Muatnaik foto atau video dalam
https://t.me/hasilkerjamuridskpj
👉 Sertakan nama penuh, kelas dan aktiviti yang dilakukan
👉 Markah Amalan Baik dalam SSDM akan diisi oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling setiap Jumaat
🥰🥰 Selamat mencuba!
- Pn. Nor Ifadah bt. Abdul Nasir
Guru Bimbingan & Kaunseling SKPJ
Antara amalan-amalan baik yang telah dilakukan oleh murid-murid SKPJ di rumah masing-masing. Tahniah!
No comments