Makluman

Pembukaan Sekolah Pada 20 Januari 2021 Ditangguhkan

 

Kementerian Pendidikan Malaysia merujuk kepada pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan jumlah kes jangkitan Covid-19 pada 16 Januari 2021 dan trend kes yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Susulan itu, KPM selepas berbincang dengan KKM telah memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, SKM, STPM, STAM dan DVM tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021.

No comments