Taklimat Pendaftaran Tahun 1 / Pembayaran Keperluan Sekolah Tahun 2-6
15 Januari 2021, Jumaat - Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh telah menganjurkan satu sesi Taklimat Pendaftaran Tahun 1 dan juga sesi Pembayaran Keperluan Sekolah Murid Tahun 2 hingga Tahun 6. Program ini telah dijalankan dengan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Program bermula seawal jam 8.30 pagi. Para penjaga bagi murid Tahun 1 diminta berkumpul di dalam dewan sekolah dengan mengamalkan penjarakan sosial. Taklimat pendaftaran dan orientasi bagi Tahun 1 telah disampaikan oleh GPK HEM, Puan Mazidah dan juga GPK Pentadbiran, Puan Razanah. Pada masa yang sama, para penjaga bagi murid Tahun 2 hingga Tahun 6 sudah mula melakukan pembayaran bagi keperluan sekolah anak-anak mereka. Sesi pembayaran ini dijalankan di kelas 3 Kreatif dan 3 Inovatif.
Pada jam 12 tengah hari, para penjaga mula beransur pulang. Alhamdulillah, program ini berjaya diadakan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada para penjaga yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program ini berlansung. Ucapan terima kasih juga buat ahli jawatankuasa bagi program kali ini yang telah bertungkus - lumus dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.
No comments