Makluman

Majlis Perpisahan dan Sanjungan Budi Cg. Hashim & Cg. Hazwan

12 Mac 2021, Jumaat - Pihak Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh telah mengadakan satu majlis yang cukup bermakna bagi meraikan dua orang guru SKPJ yang telah berpindah ke stesen baru. Pihak sekolah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berkhidmat di tempat baru buat Cikgu Hashim Harun dan Cikgu Hazwan Ab Halim yang telah berpindah ke stesen baru.

Kami di sini mendoakan agar Cikgu Hashim dan Cikgu Hazwan sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang dan penuh dedikasi. 

Terima kasih Cikgu Hashim dan Cikgu Hazwan atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada kami selama ini.

No comments