Makluman

Pengoperasian Semula Sekolah Fasa 1

01 Mac 2021, Isnin - Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada murid-murid pra sekolah, tahun 1 dan tahun 2. Dalam sesi pembukaan sekolah fasa pertama ini, kehadiran murid-murid pra sekolah, tahun 1 dan tahun 2 telah disambut dengan mesra sekali oleh semua guru SKPJ dan juga YDP PIBG, En. Md Jamlus, beserta AJK PIBG SK. Pusat Juasseh. 

Pintu pagar sekolah mula dibuka bermula jam 7.00 pagi, namun, para penjaga tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Selesai sahaja proses pengambilan suhu dan sanitasi tangan, murid-murid akan ditempatkan di bawah khemah mengikut kelas masing-masing. Mereka harus beratur mengikut penjarakan sosial yang telah ditetapkan. 

Setelah semua murid hadir, guru besar, En. Nasarudin bin Zainal telah memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada semua murid. Selepas itu, murid-murid dibawa masuk ke kelas masing-masing oleh guru kelas mereka. Mudah-mudahan, murid-murid yang hadir pada hari ini dapat melangkah dengan tenang dan mengikuti pembelajaran secara bersemuka dengan baik.











































No comments