Makluman

Penyerahan Buku Teks Tahun 1

05 Mac 2021, Jumaat - Serahan buku teks bagi murid-murid Tahun 1 telah dibuat pada hari Jumaat, 05 Mac 2021. Sesi penyerahan buku teks bermula pada jam 7.20 pagi. Untuk sesi penyerahan buku teks kali ini, hanya seorang sahaja penjaga yang dibenarkan untuk hadir ke sekolah mengambil buku teks. Mereka juga perlu mengambil bacaan suhu badan terlebih dahulu di pondok jaga. 

Program ini berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 10.30 pagi. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Wan Noraini dan Pn. Norimah kerana telah menguruskan program ini dengan begitu baik sekali. Diharap dengan adanya buku-buku teks ini, murid-murid Tahun 1 dapat belajar dengan lebih mudah dan berkesan.

No comments