Makluman

Minggu Pertama Persekolahan Secara Bersemuka

Alhamdulillah, selesai sudah minggu pertama persekolah secara bersemuka bagi murid-murid Pra Sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 di SKPJ. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak termasuk para ibu bapa, guru, pekerja swasta sekolah dan mana-mana pihak yang telah terlibat secara lansung atau tidak dalam memastikan kelancaran sesi persekolahan secara bersemuka di SKPJ. 

Jika terdapat sebarang masalah atau cadangan, boleh hubungi pihak sekolah dan juga AJK PIBG sekolah. Diharap, usaha baik ini dapat diteruskan lagi dan semoga anak-anak SKPJ dijauhkan daripada sebarang penyakit dan dikurniakan kesihatan yang baik.















No comments