Makluman

Program Tahun 1 Bersama Unit Bimbingan & Kaunseling

05 Mac 2021, Jumaat - Unit Bimbingan & Kaunseling SKPJ dibawah seliaan Pn. Ifadah telah menganjurkan satu program bersama murid-murid Tahun 1. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan murid-murid Tahun 1 dengan budaya di sekolah ini. Murid-murid turut didedahkan dengan etika semasa di dalam atau di luar kelas. Selain itu, satu demonstrasi langkah-langkah membasuh tangan turut dilakukan bagi memastikan murid-murid Tahun 1 mengamalkan cara basuh tangan yang betul dan selamat.

No comments