Makluman

Gotong Royong Merobohkan Gerai Lama


28 Januari 2020, Selasa - Bagi memastikan keselesaan dan keselamatan para pelajar dan ibu bapa semasa berada di sekitar kawasan sekolah, pihak Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh telah bersetuju untuk mengadakan satu program gotong-royong merobohkan gerai-gerai lama di hadapan pintu pagar sekolah.

Program gotong-royong kali ini dihadiri oleh guru-guru lelaki SKPJ dibantu oleh pekerja-pekerja swasta dan AKP sekolah. Program ini dimulakan pada pukul 2.30 petang, didahului dengan sedikit taklimat daripada Guru Besar SKPJ, En. Kamarudin bin Said. 

Fokus utama program ini adalah untuk merobohkan gerai lama yang sudah usang di hadapan pintu masuk sekolah. Pihak sekolah berharap usaha ini dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini daripada berlaku di sekitar kawasan sekolah. 

Program ini tamat pada pukul 3.30 petang. Secara keseluruhannya, semua pihak yang terlibat telah memberi kerjasama yang erat dalam menjayakan program gotong-royong pada kali ini. Segala perancangan yang dirancang berjalan dengan lancar dan semua objektif program dapat dicapai hasil usaha sama semua pihak. 

















No comments