Makluman

Bacaan Yassin Perdana



31 Januari 2020, Jumaat - Program bacaan Yassin Perdana untuk murid-murid Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh telah dijalankan dan diketuai oleh Ustaz Azril. Semasa program berlansung, semua murid dikehendakki berkumpul di padang SKPJ bermula jam 7.15- 7.40 pagi.Selesai sahaja bacaan Yassin, murid-murid Tahun 6 kemudiaanya bergerak ke surau sekolah untuk menunaikan solat dhuha secara berjemaah.

Begitu banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui amalan pembacaan Surah Yassin. Dikatakan di dalam sebuah hadith, “Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali.”  Oleh kerana itu, marilah kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah SWT melalui ibadah dan bacaan Yassin yang banyak manfaatnya ini. InsyaAllah.






No comments