Makluman

Majlis Pelancaran Program 3K


03 Februari 2020, Isnin - Unit 3K Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh (SKPJ) telah mengadakan satu Majlis Pelancaran Program 3K bertempat di padang SKPJ. Progran 3K merupakan satu program yang menjurus ke arah menghasilkan suasana persekitaran sekolah yang memberangsangkan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 3K merujuk kepada kebersihan, kesihatan, dan keselamatan.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang Program 3K ini ialah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas, Gotong-royong Sekolah dan Program Combi. Diharap dengan terlaksananya program-program yang telah dirancang ini, para guru dan pelajar akan menjadi lebih selesa, selamat dan berkeyakinan dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


No comments