Makluman

Kejohanan Bola Tampar MSSD Kuala Pilah


11 Februari 2020, Selasa - Kejohanan Bola Tampar Daerah Kuala Pilah telah pun diadadakan di SMK Chung Hua, Kuala Pilah. Kejohanan yang dianjurkan oleh pihak SK. Senaling ini bermula tepat pukul 8.00 pagi. Pasukan Bola Tampar SK. Pusat Juasseh berjaya mendapat tempat kedua pada peringkat kumpulan sekaligus layak ke peringkat seterusnya. Namun, hasrat pasukan SKPJ untuk layak ke peringkat separuh akhir tidak kesampaian apabila tewas dua perlawanan pada peringkat ini.

Namun begitu, tahniah diucapkan kepada para pemain bola tampar sekolah kerana berjaya menampilkan corak permainan yang sangat baik dan bersemangat. Jutaaan terima kasih juga diucapkan kepada barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan Bola Tampar SKPJ. Anda semua telah lakukan yang terbaik! 

Berikut merupakan keputusan sepanjang kejohanan ini berlansung:

Peringkat Kumpulan:
SKPJ (29) - (31) SK. BUKIT ROKAN BARAT
SKPJ (31) - (25) SK. KUALA PILAH 'B'
SKPJ (31) - (16) SK. SENALING 'C'

Peringkat Suku Akhir:
SKPJ (27) - (31) SK. AMPANG TINGGI 
SKPJ (23) - (31) SK. KUALA PILAH 'A'





No comments