Makluman

Pelancaran Program Ziarah Cakna 2020


10 Februari 2020, Isnin - Program Ziarah Cakna telah bermula sejak 2019 apabila Menteri Pendidikan ketika itu Dr Maszlee Malik telah melancarkannya pada 28 Januari 2020. Program ini adalah kesinambungan program Guru Penyayang iaitu guru-guru digalakkan menziarahi murid yang bermasalah samada disiplin seperti ponteng atau sakit untuk bertanyakan khabar.

SK. Pusat Juasseh di bawah Unit Kaunseling seperti juga sekolah-sekolah lain seluruh negara telah melancarkan program ini pada 10 Februari 2020 iaitu tarikh pelancaran serentak di seluruh negara. Program dimulakan dengan bacaan teks ucapan Timbalan Menteri Pendidikan oleh GPK HEM, Pn. Marzidah bt Abdul Aziz. Seterusnya, Tuan Guru Besar, En. Kamarudin bin Said, turut dijemput untuk menyampaikan nasihat dan amanat kepada para pelajar. 

Selesai sahaja ucapan daripada Tuan Guru Besar, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pegawai Perhubungan Sekolah, Lans. Koperal Hillary Paul, sekaligus merasmikan pelancaran Program Ziarah Cakna 2020. 

Selepas majlis pelancaran ini selesai, pihak sekolah yang diwakili GKP HEM, Pn. Marzidah bt. Abdul Aziz, YDP PIBG, En. Md Jamlus bin Md Sharif, Timb. YDP PIBG, En. Muhammad Nazri bin Muhammad Nor dan Lans. Koperal Hillary Paul telah menziarahi seorang murid SKPJ yang mempunyai masalah kehadiran ke sekolah. Program ini akan diteruskan dengan siri-siri lawatan oleh pentadbir dan kaunselor ke rumah-rumah murid yang memerlukan pada masa akan datang.










No comments