Majlis Penetapan Target UPSR 2020
07 Februari 2020, Jumaat - Pihak Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh (SKPJ) telah
mengadakan Majlis Penetapan Target UPSR Tahun 6 bertempat di makmal komputer sekolah. Majlis yang diadakan untuk membincangkan program peningkatan kecemerlangan UPSR bagi tahun 2020 ini juga turut dihadiri oleh Pn. Alin Abdullah, SIC+.
Majlis dimulakan pada pukul 10.00 pagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Azril diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar SKPJ, Encik Kamarudin bin Said. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pn. Alin Abdullah.
Seterusnya majlis dikendalikan oleh Penolong
Kanan Pentadbiran, Pn. Razanah untuk membentangkan
sasaran UPSR dan perancangan program peningkatan akademik untuk tahun 2020. Majlis kemudiaanya diteruskan lagi dengan sesi bacaan ikrar penjaga dan diakhiri dengan
sesi menandatangani surat persetujuan bayaran program Tahun 6.
Semoga calon-calon UPSR 2020 SK. Pusat Juasseh akan memperoleh kejayaan
cemerlang dalam semua bidang, in shaa Allah.
No comments