Makluman

Pelancaran Program Jom ke Sekolah & Buku Panduan PSS 2020


24 Februari 2020, Isnin - Unit Disiplin dan Unit Pusat Sumber sekolah telah menjalankan dua program pada pagi Isnin iaitu Pelancaran Program Jom ke Sekolah dan juga Buku Panduan PSS 2020 bertempat di padang SKPJ. Majlis pelancaran ini bermula pada pukul 7.40 pagi dan dirasmikan oleh wakil Pegawai Perhubungan Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh.
Untuk makluman semua, program Jom ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani pemasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah di semua sekolah KPM.












No comments